Tuesday, 7 April 2015

. . Tips Bijak Berbelanja Pada Zaman GST . .

Ramai rakyat mengeluh 1 April 2015 kerajaan mula melaksanakan GST.. Nak tak nak kita rakyat jelata terpaksa la berdepan dan hadapi bersama-sama walaupun susah. Lagi pula aku nie full time housewife. Segala perbelanjaan rumah ditanggung si suami yg gigih mencari rezeki.

Aku nie cuma rakyat yg kerdil dihujung lorong yg tengok dari jauh pemerintah mengeluarkan arahan perlaksanaan GST tanpa boleh membantah..hahaa~ (ayat drama). Tapi apa boleh buat. Belajarlah menjadi pengguna bijak.

Saranan Menjadi Pengguna Bijak memang aku & hubby menyahutnya! Walaupun sebelum 1 April korg belanja sekali 3troli full load, beratur 1kilo kat belakang sekali..next 2month korg still tak dapat elak GST nie. Aku bukan la menyokong, tak pulak membangkang. Cuma menjadi positif & fikir apa kebaikan GST nie.

Ok.. sini aku nak share tips cara bijak berbelanja di pasar raya.

  • Aku sarankan korg pergilah berbelanja di Hypermarket seperti Giant, Econsave, Tesco atau mana2 hypermarket yg besar kerana syarikat macam nie dorg mesti register GST & dikawal harganya berbanding kedai-kedai runcit kecil. 
  • Mulakan misi pencarian barang dari barang basah dulu. Ini kerana barang basah/mentah 0% GST. Barulah korg jalan cari barang da siap diproses.
  • Sebelum keluar rumah list kan barang2 yg betul2 nak dibeli. Bila takde list barang nanti sampai market sume barang korg nak amek. Last2 nanti tengok kat rumah semua tu byk lagi..kan da boros tu..huhuhuu~
  • Kurangkan ambil process food seperti fast food, jajan, maggi etc. Lagipun makanan mcm tu kurang khasiatnya. Kalau nak beli pun boleh tapi berkadar. Kalau dulu korg suka buat stok maggi 3 4bungkus, kali nie beli la 1 jek..kan kat dalam tu ada 5bungkus kecik, banyak jugak tu..kikikii~
  • Sentiasa tengok tanda harga. Bila korg peka tentang harga lagi mudah korg nak bajet perbelanjaan setiap bulan & boleh membandingkan hypermarket yg lain.
  • Lagi bijak kalau korg berbelanja sambil bawa katalog promosi bulanan yg hypermarket tu da sediakan kat pintu masuk.
  • Semak resit setiap kali lepas bayar. Check GST register number, barang yg dikenakan GST atau tidak. 
  • Simpan resit belanja.. Aku tampal kat tepi esbox (refrigerator) in case kalau ada barang rosak dan panduan belanja untuk next month.
  • Kurangkan makan di luar kerana semua makanan itu sudah di GST kan. Ibu-ibu, akak-akak & abang-abang silalah masuk ke dapur, panaskan kuali & periuk dan masaklah makanan anda untuk keluarga atau diri sendiri. Lebih jimat, sihat dan lazat :)



Itulah tips yg mak dapat semasa berbelanja minggu lepas setelah GST dilancarkan. Aku tawu, tak semua orang mampu. Benda yg tak sepatutnya kita tambah 6% kita kena tambah so bajet kita semakin bertambah. Tapi tak banyak lah barang yg naik harganya. Korg boleh la ke portal kerajaan check barangan apa yg naik, turun & maintain. 

Kalau ada lagi tips2 lain, jangan malu-malu tinggalkan untuk dikongsi bersama..heheee~

Bubbye...

No comments:

Post a Comment