Jumpa lagi dalam entri baru nie :)
Jauh kau gap post dengan sebelum nie..haha~
Aritu cite pasal pengalaman 1st Trimester kan.. Mehh sini kita nak sambung yang 2nd Trimester pulak iaitu dari 4 hingga 6 bulan kandungan ye anak-anak..
So lets read 2nd Trimester experience!!
Macam yang korang tawu kebanyakan preggy women akan berasa tenang bila masuk phase nie. Ini kerana badan kita dah boleh adapt perubahan hormon badan kita. Jadi rasa mual, pening-pening tu akan kurang berbanding sebelum nie.
Macam pengalaman mak nie, start 15weeks ke atas kot da mula ok. Da tak muntah lagi lepas gosok gigi, da boleh masuk asapkan dapur yang da tak berasap 3bulan lebih tu..hahaa! Da boleh start minum susu Anmum Materna.
Ok, bab minum susu nie mak nak Highlight sikit. Anak-anak, bila da start pregnant tu sila la minum susu. Paling baik susu untuk ibu mengandung. Ini sangatlah penting untuk khasiat baby dlm kandungan dan ibu itu sendiri. Khasiat susu ibu mengandung tu memang dorang da settingkan cun-cun punya untuk kamu dan anak tu. Kalau tak boleh minum susu tepung, cuba pulak susu fresh yg dalam kotak tu. Dutch Lady ke HL ke Marigold ke Magnolia ke..cuba la sikit-sikit yg penting minum.
Sekarang Anmum Materna ade buat susu khas untuk ibu-ibu yang tak boleh minum susu waktu preggy sebab Morning Sickness.
Haaa...yg macam nie. Cuba-cuba la dulu.Try yg pek kecik. Kalau da ok baru beli yg besar..hehe! Anmum ada 3 flavour. Plain, chocolate & Mango.
Ok.. da masuk stage nie, minggu yang ke-20 da boleh scan baby..yeayy!! Nak gi scan bukan sibuk nak tengok baby mcm mana,,sibuk nak tawu jantina kan?kan? Jangan nak membongakk! Mak pun gitu jugak..agagaaa~~
Yup..minggu nie da boleh detect jantina baby sebab sifatnya sudah sempurna. Da ade bebird ke flower..hehehee. Tapi kadang-kadang nampak, kadang-kadang tak nampak. Depend pada position baby duduk. Masa Adiputra dulu memang sengaja tido terkangkang nak bg doktor tengok..hahaa! Memang nampak jelas & nyata.
Ok ok...tujuan utama doktor rancang scan 20minggu ke atas ialah nak tengok jantung,tulang belakang, kira tangan & kaki cukup ke tak, kedudukan uri & sebagainya.. last skali baru doktor cek apakah jantinanya. Kalau checkup kt klinik kerajaan tak silap aku dia arrange scan yg 20-24weeks. Seterusnya kalau takde masalah/ibu tak mengadu apa-apa doktor xkan buat scan lagi sehingga terdapat aduan dari ibu itu. So, kalau korang saje2 nak scan,rindu nak tengok baby katanya boleh la buat scan kat klinik biasa. Tu kalau korang nak scan setiap bulan pun takde hal..fulus ada sume boleh..hahahaaa!
Sepanjang preggy nie sume penyakit yang selalunya datang sekejap-sekejap macam gastrik & pening kepala bila berjalan sume hilang. Alhamdulillah. Kuasa Allah. Masa preggy nie tak de masalah sangat pun. Kesihatan ok, suka berjalan, xde sakit kaki. Selera makan pun biasa-biasa, berat badan pun maintain..hehe~ sebab berat aku selalu maintain aku kene dtg report kt KK 2minggu sekali..huhuu~ sampai misi pun da friend ngn aku..hahaa~
Rasanya tak banyak pengalaman pelik2 2nd trimester nie sebab badan da ok..time nie la korang nk enjoy makan apa gi la makan sebelom korang beranak. Kang da start pantang ape sume xbley makan kecuali yg dibenarkan oleh mak-mak korang saje..ngehh ngehh ngehh~
Next entri cite pasal 3rd trimester pulak ye!
Bubbye~~
No comments:
Post a Comment