Ape kabar korang sume? Penat dah bejalan ke blog2 orang? Mehh sini rehat jap..baca blog mak yg bajet best sgt nihh..ngehh ngehh~
Beberapa hari lepas kecoh di alam maya pasal aweks kereta Myvi dan pakcik teksi. Awek-awek tu marah2, maki2, jerit2 disebabkan kereta mereka sengaja digesel dengan pakcik teksi tu.
Aku gigih jugak mengali cerita nie kat fesbuk, google sbb buzybody punya pasal..hahahaa~
Hmm..aku tak tawu la sape yg salah, macam mana bley jadi macam tu sampai memaki bertumbuk kt public. Malu taw.. aku tgk aku pulak yg malu..huuu~
Ok..
Aku pun pernah terjebak dengan si road bully kat Terengganu. Huhh..bila ingt balik takot beb! Dorang nie memang jenis akal secetek lecak kat lantai la..aku tak tawu nk describe the worse words utk si gila tu.
#Throwback
Satu malam yg buzy,pukul brape tak ingat la, hari apa pun aku xingt. Tapi masa awal-awal kawen dulu la. Aku & hubby on the way balik dari Kerteh ke Paka. Kenderaan pun banyak lagi waktu tu. Tiba-tiba tah dari mana kereta Vios putih nie drive mencucuk-cucuk ngn kereta depan kami. Kereta kami dgn kereta depan agak rapat jugak la. Aku yg tengok jadi ngeri la sebab bumper blakang kereta Vios tu nk kena dgn bumper dpn kereta kami. Hubby pun hon pendek just nak warn la sbb memang bahaya.
Then tiba-tiba dia masuk depan kereta kami dan slow kan kereta dia. Mak da mula seram da nie..kenapa dia buat mcm tu?? Ye la..kite kn pempuan memang tak paham la permainan itu. Bila dia slow kan kereta hubby teros potong kanan. Dorg kejar beb! Kita laju dia pun laju, siap high beam..2 3 kali jugak dia potong depan nak block kereta tapi hubby elak. Memang macam berlumba la..da la kami drive kereta Kenari. Bley lari laju mana la kan. Kebetulan semua trafik light kerteh hijau. Kami lari, diorang kejar dari jauh. Seram! Cuak habis aku malam tu. Aku sempat amek plat number dia.
Sampai kat trafik light sekolah Gelugor tu trafik light merah pulak. Kami terpaksa stop sebab ada kereta tengah beratur. Hubby nampak kereta tu nak empit kereta kami dari tepi divider batu. Hubby pun stop betol2 tepi divider batu tu. Tapi si gila nie punya perangai macam Setan sanggup naik atas divider batu tu sambil ketuk-ketuk cermin belakang kereta kami dengan apa tak tawu..kayu ke hanset ke. Nasib baik dia tak pecahkan tingkap belakang..huhuuu~
Bila da lepas dari trafik light sekolah tu kalau korg selalu ekot jalan Kemaman-Dungun tu mesti tawu jalan tu gelap & berselekoh. Wahh..makin menjadi-jadi beb. Sengaja nak tahan kami, cucuk-cucuk mcm nak rempuh dari belakang. Dekat-dekat nak sampai masjid kampung Gelugor tu tiba-tiba dorg hilang. Sampai depan masjid tu rupa-rupanya diorg tunggu kita. Dorg da paking tepi taw! Aku nampak! Tiba-tiba kereta kami terlanggar benda. Something like batu atau henset dia terjatuh tengah jalan. Dorg berhenti nak amek kot..kami da lenyekkan da...hahahaaa!
Ingtkan dorg da xnak kejar lagi dah.. Tapi tengok back mirror ada lagi pulak kereta Vios tu. Last sekali si gila tu buat aksi macam nak rempuh kereta kami dari belakang tetapi dia elak ke tepi dan meneruskan perjalanan mereka ke neraka jalan yang lurus sampai ke Siam agaknye. Bila kami sampai kt Paka terus kami ke balai polis buat report.
Ingatan tu masih jelas dalam kepala aku walaupun da 2tahun berlalu. Takkan aku lupa.. Seminggu tu hubby tak bagi aku drive kereta Kenari kalau nak pergi mana-mana. Pakai la kereta satu lagi tu.
Semoga mereka tu mendapat hidayah dari Allah.
#Tips elak terjebak dengan provokasi Road Bully
(Hasil dari pengalaman sendiri)
- Jangan berhenti sekiranya mereka melakukan provokasi seperti cerita di atas.
- Drive sampai ke tempat awam yang ramai orang atau terus ke balai polis.
- Kalau dia da block kereta korg, pastikan Lock pintu kereta! Cari Stering Lock atau apa-apa senjata untuk mempertahankan diri sekiranya mereka bertindak ganas seperti memecahkan cermin kenderaan untuk mencederakan korg.
- Pastikan korg simpan plat number kereta tu untuk buat laporan polis.
So kaum hawa..hati-hati dan tenang apabila berdepan dengan situasi begini. Memang kita akan panic dan takot. Jangan biarkan perasaan tu menguasai diri. Tenang dan fikir dengan pantas apa yg patut kita lakukan. Jangan layan maki hamun si gila tu. Bila kita balas jadi la cerita macam yg Hot di alam maya haritu.
Jaga peribadi anda sebagai kaum hawa yg cantik dan lemah-lembut tu. Jangan jerit2, jangan marah2. Pergi balai polis teros bia polis yg settlekan.
Okbai :)
No comments:
Post a Comment