Wednesday, 8 April 2015

#3 . . Pengalaman Hamil Kali Pertama . .

Hai...
Entri yg ini aku nk sambung story tentang Pengalaman Hamil Kali Pertama Trimesta ke-3 atau part 3..hahaa~
Sebelum nie da story yg part 1 & part 2. Kalau belum baca part sudah, nanti korg scroll la sendri ey..mekasehh,, hehh hehh hehh!

Ok, lets jom start read 3rd Trimester experience!!

3rd trimester nie start dari 7-9bulan. Pada peringkat nie dah agak mencabar sikit la kerana baby sudah membesar dan beratnya pun bertambah.

Bila da masuk phase, aku ok jek lagi..hihihi~ Masa 7bulan kandungan masa tu bulan puasa & raya..yeayy!! Nak shopping berjalan carik baju raya kat bazar2 memang aku tak larat dah. Tambah2 bulan puasa kan. So aku shopping online jek la...

Bulan puasa tak menghalang kita dari berpuasa. Yang penting kene bangun sahur. Ade jugak la aku terbabas tak bangun sahur & tergastrik pada siang hari walaupun da sahur..hihi~

Tips bagi ibu hamil pada bulan puasa:
  • Bangun sahur. Bersahur dekat-dekat nak azan. Jangan korg gi sahur kol 12 malam pastu tido..tak efektif ok.
  • Sahur makanan berat seperti nasi+lauk tak pedas.
  • Makan kurma 3biji atau sukati la nak makan berapa pun.
  • Minum susu ibu double. Contoh kalau korg ambil 200ml susu, sahur tu minum la 400ml. Susu boleh mengenyangkan perut & baby pun suka pagi-pagi da dapat minum susu..hihihiii~~
  • Kurangkan aktiviti lasak di siang hari. 
  • Berbuka dengan makanan yg lembut-lembut dulu. Contoh bubur lambuk, benda-benda manis kasi refresh balik tenaga korg & perut tak terkejut.
  • Minum air masak pada waktu malam untuk mengelakkan dehydrate. Kita selalu terlupa nak minum air masak bila bulan puasa kan sebab waktu buka da pulun minum air manis. Air masak cukup penting untuk ibu hamil ye anak-anak..

Sakit Belakang
  • Pada phase nie juga aku lebih kerap sakit belakang. Ia kerap terjadi bila aku lama berjalan-jalan kt shopping mall, lepas makan walaupun makannya tak banyak, kadang-kadang tengah rehat-rehat tengok tv pun sakit jugak. So sabar jek la bila sakit belakang datang menyerang. Nanti lama-lama hilang la tu.


  • Ini contoh exercises masa hamil. Nampak simple tapi bila perut da boyot nak buat scratching yg mudah & ringan pun rasa susah..hihi~  Tujuan senaman masa hamil ini untuk menguatkan otot-otot badan bagi menyokong kehamilan. Ye la, baby da besar & berat kalau otot kita keras tu yg sakit belakang lebih kuat rasa sakitnya. Sebaik-baiknya mulakan exercises nie di awal kehamilan.


Kejang Kaki
  • Kejang kaki pun selalu berlaku masa aku tido..tengah elok2 tido tiba-tiba tersedar kaki kejang. Sakit woo.. mula-mula ingat aku salah tido ke mengeliat lebih ke. Bila tanya mak, mak kata memang biasa jadi mcm tu bila kita preggy. Ok..sabar jek la lagi.

Selera Makan
  • Selera makan pun macam biasa..takde nak ngidam benda pelik2. Makan pun ok. Masa pergi beraya rumah sedara-mara asek nak makan kuih raya jek. Sebelum nie aku datang rumah org minum air jek, kuih raya memang kurang minat. Bila preggy semua kuih dalam balang aku try..kne yg sedap mcm kuih tart ke cornflake madu ke kek lapis ke bahulu gulung yg dalam dia ada jem tu halamakk..habis sebalang beb..hahaaa~ suka betul dapat makan kuih. Baby suka benda manis2 nie...

HB Blood
  • HB blood kene jaga ye.. Misi & MO Klinik Kesihatan memang ambil berat pasal HB kita. Tahap selamat adalah 11 ke atas. Aku dari awal pregnant sampai la nak hujung2 asek kne report jek kt KK sebab masalah HB rendah. MO suspek aku tak makan pil Iron. tepat sekali Ahli Nujum...hehh hehh hehh!
  • Walaupun MO suggest Iberet yg makan 1x sehari pun liat..heee~ jgn ekot..tak baik! Selalu kene ugut ngn misi "Kalau HB awk rendah mcm nie nanti sy injet ubat kt bontot awk 10hari berturut-turut. Sakit taw"..hahahahaa~ Ampun tak nak! Balik tu sebelum makan cepat2 buat air oren & makan Iberet. Beristiqamah 3hari jek..pastu trlupa lagi..heee~ Alhamdulillah, lagi 4minggu nak bersalin HB dah maintain 10.8 ke atas.

Kira Gerak Baby
  • Mulai 28weeks misi da ajar kira gerak baby. Haa...ini penting ye anak-anak. Tujuan kita kira gerak baby nie untuk pastikan baby aktif & hidup. Kira 10kali gerakan & tick kat buku merah tu. Nanti setiap kali korg pergi check up itu soalan wajib misi tanya.
  • Pernah ada satu hari tu baby kurang sangat bergerak. Gap gerak dia 1kali setengah jam. Aku da risau dah tapi kira gerak sampai pukul 9malam cukup 10kali. Da confuse nie nak g hospital ke tak nak. Esoknya kebetulan hari monthly check up. Cakap kat misi baby gerak slow, kelam kabut misi suruh pergi jumpa MO. MO scan jantung baby sume normal tapi mereka suro refer jugak ke Hospital. Ini yg hebatnya kalau kita pergi buat Check up kat klinik kerajaan. Mereka sangat strict pasal kesihatan baby & ibu.

Kelas Anternatal
  • Masukkan dalam list pregnancy korg ke Kelas Antenatal. Banyak yg mereka ajarkan, mak pun da tak ingat la apa dia..hahaaa~ 
  • Aku pergi kelas Antenatal yg Hospital Penawar Pasir Gudang. Percuma di semua cawangan Hospital Penawar. Kalau kat KPJ Pasir Gudang yuran sebanyak RM20 seorang.

Ok..
Itu jek la yg berlaku kat aku masa masuk phase 3rd trimester. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah. Takde masalah yg berat2 berlaku. Sakit sikit2 tu biasa la.. Semoga korg pun dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan korg ye..Aminn :)

Bubbye..




Tuesday, 7 April 2015

. . Tips Bijak Berbelanja Pada Zaman GST . .

Ramai rakyat mengeluh 1 April 2015 kerajaan mula melaksanakan GST.. Nak tak nak kita rakyat jelata terpaksa la berdepan dan hadapi bersama-sama walaupun susah. Lagi pula aku nie full time housewife. Segala perbelanjaan rumah ditanggung si suami yg gigih mencari rezeki.

Aku nie cuma rakyat yg kerdil dihujung lorong yg tengok dari jauh pemerintah mengeluarkan arahan perlaksanaan GST tanpa boleh membantah..hahaa~ (ayat drama). Tapi apa boleh buat. Belajarlah menjadi pengguna bijak.

Saranan Menjadi Pengguna Bijak memang aku & hubby menyahutnya! Walaupun sebelum 1 April korg belanja sekali 3troli full load, beratur 1kilo kat belakang sekali..next 2month korg still tak dapat elak GST nie. Aku bukan la menyokong, tak pulak membangkang. Cuma menjadi positif & fikir apa kebaikan GST nie.

Ok.. sini aku nak share tips cara bijak berbelanja di pasar raya.

  • Aku sarankan korg pergilah berbelanja di Hypermarket seperti Giant, Econsave, Tesco atau mana2 hypermarket yg besar kerana syarikat macam nie dorg mesti register GST & dikawal harganya berbanding kedai-kedai runcit kecil. 
  • Mulakan misi pencarian barang dari barang basah dulu. Ini kerana barang basah/mentah 0% GST. Barulah korg jalan cari barang da siap diproses.
  • Sebelum keluar rumah list kan barang2 yg betul2 nak dibeli. Bila takde list barang nanti sampai market sume barang korg nak amek. Last2 nanti tengok kat rumah semua tu byk lagi..kan da boros tu..huhuhuu~
  • Kurangkan ambil process food seperti fast food, jajan, maggi etc. Lagipun makanan mcm tu kurang khasiatnya. Kalau nak beli pun boleh tapi berkadar. Kalau dulu korg suka buat stok maggi 3 4bungkus, kali nie beli la 1 jek..kan kat dalam tu ada 5bungkus kecik, banyak jugak tu..kikikii~
  • Sentiasa tengok tanda harga. Bila korg peka tentang harga lagi mudah korg nak bajet perbelanjaan setiap bulan & boleh membandingkan hypermarket yg lain.
  • Lagi bijak kalau korg berbelanja sambil bawa katalog promosi bulanan yg hypermarket tu da sediakan kat pintu masuk.
  • Semak resit setiap kali lepas bayar. Check GST register number, barang yg dikenakan GST atau tidak. 
  • Simpan resit belanja.. Aku tampal kat tepi esbox (refrigerator) in case kalau ada barang rosak dan panduan belanja untuk next month.
  • Kurangkan makan di luar kerana semua makanan itu sudah di GST kan. Ibu-ibu, akak-akak & abang-abang silalah masuk ke dapur, panaskan kuali & periuk dan masaklah makanan anda untuk keluarga atau diri sendiri. Lebih jimat, sihat dan lazat :)



Itulah tips yg mak dapat semasa berbelanja minggu lepas setelah GST dilancarkan. Aku tawu, tak semua orang mampu. Benda yg tak sepatutnya kita tambah 6% kita kena tambah so bajet kita semakin bertambah. Tapi tak banyak lah barang yg naik harganya. Korg boleh la ke portal kerajaan check barangan apa yg naik, turun & maintain. 

Kalau ada lagi tips2 lain, jangan malu-malu tinggalkan untuk dikongsi bersama..heheee~

Bubbye...

Monday, 6 April 2015

. . Road Bully . .

Oi Hai..
Ape kabar korang sume? Penat dah bejalan ke blog2 orang? Mehh sini rehat jap..baca blog mak yg bajet best sgt nihh..ngehh ngehh~

Beberapa hari lepas kecoh di alam maya pasal aweks kereta Myvi dan pakcik teksi. Awek-awek tu marah2, maki2, jerit2 disebabkan kereta mereka sengaja digesel dengan pakcik teksi tu. 
Aku gigih jugak mengali cerita nie kat fesbuk, google sbb buzybody punya pasal..hahahaa~

Hmm..aku tak tawu la sape yg salah, macam mana bley jadi macam tu sampai memaki bertumbuk kt public. Malu taw.. aku tgk aku pulak yg malu..huuu~

Ok..
Aku pun pernah terjebak dengan si road bully kat Terengganu. Huhh..bila ingt balik takot beb! Dorang nie memang jenis akal secetek lecak kat lantai la..aku tak tawu nk describe the worse words utk si gila tu.

#Throwback
Satu malam yg buzy,pukul brape tak ingat la, hari apa pun aku xingt. Tapi masa awal-awal kawen dulu la. Aku & hubby on the way balik dari Kerteh ke Paka. Kenderaan pun banyak lagi waktu tu. Tiba-tiba tah dari mana kereta Vios putih nie drive mencucuk-cucuk ngn kereta depan kami. Kereta kami dgn kereta depan agak rapat jugak la. Aku yg tengok jadi ngeri la sebab bumper blakang kereta Vios tu nk kena dgn bumper dpn kereta kami. Hubby pun hon pendek just nak warn la sbb memang bahaya.

Then tiba-tiba dia masuk depan kereta kami dan slow kan kereta dia. Mak da mula seram da nie..kenapa dia buat mcm tu?? Ye la..kite kn pempuan memang tak paham la permainan itu. Bila dia slow kan kereta hubby teros potong kanan. Dorg kejar beb! Kita laju dia pun laju, siap high beam..2 3 kali jugak dia potong depan nak block kereta tapi hubby elak. Memang macam berlumba la..da la kami drive kereta Kenari. Bley lari laju mana la kan. Kebetulan semua trafik light kerteh hijau. Kami lari, diorang kejar dari jauh. Seram! Cuak habis aku malam tu. Aku sempat amek plat number dia.

Sampai kat trafik light sekolah Gelugor tu trafik light merah pulak. Kami terpaksa stop sebab ada kereta tengah beratur. Hubby nampak kereta tu nak empit kereta kami dari tepi divider batu. Hubby pun stop betol2 tepi divider batu tu. Tapi si gila nie punya perangai macam Setan sanggup naik atas divider batu tu sambil ketuk-ketuk cermin belakang kereta kami dengan apa tak tawu..kayu ke hanset ke. Nasib baik dia tak pecahkan tingkap belakang..huhuuu~

Bila da lepas dari trafik light sekolah tu kalau korg selalu ekot jalan Kemaman-Dungun tu mesti tawu jalan tu gelap & berselekoh. Wahh..makin menjadi-jadi beb. Sengaja nak tahan kami, cucuk-cucuk mcm nak rempuh dari belakang. Dekat-dekat nak sampai masjid kampung Gelugor tu tiba-tiba dorg hilang. Sampai depan masjid tu rupa-rupanya diorg tunggu kita. Dorg da paking tepi taw! Aku nampak! Tiba-tiba kereta kami terlanggar benda. Something like batu atau henset dia terjatuh tengah jalan. Dorg berhenti nak amek kot..kami da lenyekkan da...hahahaaa! 

Ingtkan dorg da xnak kejar lagi dah.. Tapi tengok back mirror ada lagi pulak kereta Vios tu. Last sekali si gila tu buat aksi macam nak rempuh kereta kami dari belakang tetapi dia elak ke tepi dan meneruskan perjalanan mereka ke neraka jalan yang lurus sampai ke Siam agaknye. Bila kami sampai kt Paka terus kami ke balai polis buat report.



Ingatan tu masih jelas dalam kepala aku walaupun da 2tahun berlalu. Takkan aku lupa.. Seminggu tu hubby tak bagi aku drive kereta Kenari kalau nak pergi mana-mana. Pakai la kereta satu lagi tu. 
Semoga mereka tu mendapat hidayah dari Allah.

#Tips elak terjebak dengan provokasi Road Bully
(Hasil dari pengalaman sendiri)
  • Jangan berhenti sekiranya mereka melakukan provokasi seperti cerita di atas.
  • Drive sampai ke tempat awam yang ramai orang atau terus ke balai polis.
  • Kalau dia da block kereta korg, pastikan Lock pintu kereta! Cari Stering Lock atau apa-apa senjata untuk mempertahankan diri sekiranya mereka bertindak ganas seperti memecahkan cermin kenderaan untuk mencederakan korg.
  • Pastikan korg simpan plat number kereta tu untuk buat laporan polis.
So kaum hawa..hati-hati dan tenang apabila berdepan dengan situasi begini. Memang kita akan panic dan takot. Jangan biarkan perasaan tu menguasai diri. Tenang dan fikir dengan pantas apa yg patut kita lakukan. Jangan layan maki hamun si gila tu. Bila kita balas jadi la cerita macam yg Hot di alam maya haritu.

Jaga peribadi anda sebagai kaum hawa yg cantik dan lemah-lembut tu. Jangan jerit2, jangan marah2. Pergi balai polis teros bia polis yg settlekan.

Okbai :)

Wednesday, 1 April 2015

#2 . . Pengalaman Hamil Kali Pertama . .

Hi Hi
Jumpa lagi dalam entri baru nie :)
Jauh kau gap post dengan sebelum nie..haha~
Aritu cite pasal pengalaman 1st Trimester kan.. Mehh sini kita nak sambung yang 2nd Trimester pulak iaitu dari 4 hingga 6 bulan kandungan ye anak-anak..

So lets read 2nd Trimester experience!!


Macam yang korang tawu kebanyakan preggy women akan berasa tenang bila masuk phase nie. Ini kerana badan kita dah boleh adapt perubahan hormon badan kita. Jadi rasa mual, pening-pening tu akan kurang berbanding sebelum nie.

Macam pengalaman mak nie, start 15weeks ke atas kot da mula ok. Da tak muntah lagi lepas gosok gigi, da boleh masuk asapkan dapur yang da tak berasap 3bulan lebih tu..hahaa! Da boleh start minum susu Anmum Materna.

Ok, bab minum susu nie mak nak Highlight sikit. Anak-anak, bila da start pregnant tu sila la minum susu. Paling baik susu untuk ibu mengandung. Ini sangatlah penting untuk khasiat baby dlm kandungan dan ibu itu sendiri. Khasiat susu ibu mengandung tu memang dorang da settingkan cun-cun punya untuk kamu dan anak tu. Kalau tak boleh minum susu tepung, cuba pulak susu fresh yg dalam kotak tu. Dutch Lady ke HL ke Marigold ke Magnolia ke..cuba la sikit-sikit yg penting minum.
Sekarang Anmum Materna ade buat susu khas untuk ibu-ibu yang tak boleh minum susu waktu preggy sebab Morning Sickness.

Haaa...yg macam nie. Cuba-cuba la dulu.Try yg pek kecik. Kalau da ok baru beli yg besar..hehe! Anmum ada 3 flavour. Plain, chocolate & Mango.

Ok.. da masuk stage nie, minggu yang ke-20 da boleh scan baby..yeayy!! Nak gi scan bukan sibuk nak tengok baby mcm mana,,sibuk nak tawu jantina kan?kan? Jangan nak membongakk! Mak pun gitu jugak..agagaaa~~ 

Yup..minggu nie da boleh detect jantina baby sebab sifatnya sudah sempurna. Da ade bebird ke flower..hehehee. Tapi kadang-kadang nampak, kadang-kadang tak nampak. Depend pada position baby duduk. Masa Adiputra dulu memang sengaja tido terkangkang nak bg doktor tengok..hahaa! Memang nampak jelas & nyata.
Ok ok...tujuan utama doktor rancang scan 20minggu ke atas ialah nak tengok jantung,tulang belakang, kira tangan & kaki cukup ke tak, kedudukan uri & sebagainya.. last skali baru doktor cek apakah jantinanya. Kalau checkup kt klinik kerajaan tak silap aku dia arrange scan yg 20-24weeks. Seterusnya kalau takde masalah/ibu tak mengadu apa-apa doktor xkan buat scan lagi sehingga terdapat aduan dari ibu itu. So, kalau korang saje2 nak scan,rindu nak tengok baby katanya boleh la buat scan kat klinik biasa. Tu kalau korang nak scan setiap bulan pun takde hal..fulus ada sume boleh..hahahaaa!

Sepanjang preggy nie sume penyakit yang selalunya datang sekejap-sekejap macam gastrik & pening kepala bila berjalan sume hilang. Alhamdulillah. Kuasa Allah. Masa preggy nie tak de masalah sangat pun. Kesihatan ok, suka berjalan, xde sakit kaki. Selera makan pun biasa-biasa, berat badan pun maintain..hehe~ sebab berat aku selalu maintain aku kene dtg report kt KK 2minggu sekali..huhuu~ sampai misi pun da friend ngn aku..hahaa~

Rasanya tak banyak pengalaman pelik2 2nd trimester nie sebab badan da ok..time nie la korang nk enjoy makan apa gi la makan sebelom korang beranak. Kang da start pantang ape sume xbley makan kecuali yg dibenarkan oleh mak-mak korang saje..ngehh ngehh ngehh~

Next entri cite pasal 3rd trimester pulak ye!
Bubbye~~