Entri yg ini aku nk sambung story tentang Pengalaman Hamil Kali Pertama Trimesta ke-3 atau part 3..hahaa~
Sebelum nie da story yg part 1 & part 2. Kalau belum baca part sudah, nanti korg scroll la sendri ey..mekasehh,, hehh hehh hehh!
Ok, lets jom start read 3rd Trimester experience!!
3rd trimester nie start dari 7-9bulan. Pada peringkat nie dah agak mencabar sikit la kerana baby sudah membesar dan beratnya pun bertambah.
Bila da masuk phase, aku ok jek lagi..hihihi~ Masa 7bulan kandungan masa tu bulan puasa & raya..yeayy!! Nak shopping berjalan carik baju raya kat bazar2 memang aku tak larat dah. Tambah2 bulan puasa kan. So aku shopping online jek la...
Bulan puasa tak menghalang kita dari berpuasa. Yang penting kene bangun sahur. Ade jugak la aku terbabas tak bangun sahur & tergastrik pada siang hari walaupun da sahur..hihi~
Tips bagi ibu hamil pada bulan puasa:
- Bangun sahur. Bersahur dekat-dekat nak azan. Jangan korg gi sahur kol 12 malam pastu tido..tak efektif ok.
- Sahur makanan berat seperti nasi+lauk tak pedas.
- Makan kurma 3biji atau sukati la nak makan berapa pun.
- Minum susu ibu double. Contoh kalau korg ambil 200ml susu, sahur tu minum la 400ml. Susu boleh mengenyangkan perut & baby pun suka pagi-pagi da dapat minum susu..hihihiii~~
- Kurangkan aktiviti lasak di siang hari.
- Berbuka dengan makanan yg lembut-lembut dulu. Contoh bubur lambuk, benda-benda manis kasi refresh balik tenaga korg & perut tak terkejut.
- Minum air masak pada waktu malam untuk mengelakkan dehydrate. Kita selalu terlupa nak minum air masak bila bulan puasa kan sebab waktu buka da pulun minum air manis. Air masak cukup penting untuk ibu hamil ye anak-anak..
Sakit Belakang
- Pada phase nie juga aku lebih kerap sakit belakang. Ia kerap terjadi bila aku lama berjalan-jalan kt shopping mall, lepas makan walaupun makannya tak banyak, kadang-kadang tengah rehat-rehat tengok tv pun sakit jugak. So sabar jek la bila sakit belakang datang menyerang. Nanti lama-lama hilang la tu.
- Ini contoh exercises masa hamil. Nampak simple tapi bila perut da boyot nak buat scratching yg mudah & ringan pun rasa susah..hihi~ Tujuan senaman masa hamil ini untuk menguatkan otot-otot badan bagi menyokong kehamilan. Ye la, baby da besar & berat kalau otot kita keras tu yg sakit belakang lebih kuat rasa sakitnya. Sebaik-baiknya mulakan exercises nie di awal kehamilan.
Kejang Kaki
- Kejang kaki pun selalu berlaku masa aku tido..tengah elok2 tido tiba-tiba tersedar kaki kejang. Sakit woo.. mula-mula ingat aku salah tido ke mengeliat lebih ke. Bila tanya mak, mak kata memang biasa jadi mcm tu bila kita preggy. Ok..sabar jek la lagi.
Selera Makan
- Selera makan pun macam biasa..takde nak ngidam benda pelik2. Makan pun ok. Masa pergi beraya rumah sedara-mara asek nak makan kuih raya jek. Sebelum nie aku datang rumah org minum air jek, kuih raya memang kurang minat. Bila preggy semua kuih dalam balang aku try..kne yg sedap mcm kuih tart ke cornflake madu ke kek lapis ke bahulu gulung yg dalam dia ada jem tu halamakk..habis sebalang beb..hahaaa~ suka betul dapat makan kuih. Baby suka benda manis2 nie...
HB Blood
- HB blood kene jaga ye.. Misi & MO Klinik Kesihatan memang ambil berat pasal HB kita. Tahap selamat adalah 11 ke atas. Aku dari awal pregnant sampai la nak hujung2 asek kne report jek kt KK sebab masalah HB rendah. MO suspek aku tak makan pil Iron. tepat sekali Ahli Nujum...hehh hehh hehh!
- Walaupun MO suggest Iberet yg makan 1x sehari pun liat..heee~ jgn ekot..tak baik! Selalu kene ugut ngn misi "Kalau HB awk rendah mcm nie nanti sy injet ubat kt bontot awk 10hari berturut-turut. Sakit taw"..hahahahaa~ Ampun tak nak! Balik tu sebelum makan cepat2 buat air oren & makan Iberet. Beristiqamah 3hari jek..pastu trlupa lagi..heee~ Alhamdulillah, lagi 4minggu nak bersalin HB dah maintain 10.8 ke atas.
Kira Gerak Baby
- Mulai 28weeks misi da ajar kira gerak baby. Haa...ini penting ye anak-anak. Tujuan kita kira gerak baby nie untuk pastikan baby aktif & hidup. Kira 10kali gerakan & tick kat buku merah tu. Nanti setiap kali korg pergi check up itu soalan wajib misi tanya.
- Pernah ada satu hari tu baby kurang sangat bergerak. Gap gerak dia 1kali setengah jam. Aku da risau dah tapi kira gerak sampai pukul 9malam cukup 10kali. Da confuse nie nak g hospital ke tak nak. Esoknya kebetulan hari monthly check up. Cakap kat misi baby gerak slow, kelam kabut misi suruh pergi jumpa MO. MO scan jantung baby sume normal tapi mereka suro refer jugak ke Hospital. Ini yg hebatnya kalau kita pergi buat Check up kat klinik kerajaan. Mereka sangat strict pasal kesihatan baby & ibu.
Kelas Anternatal
- Masukkan dalam list pregnancy korg ke Kelas Antenatal. Banyak yg mereka ajarkan, mak pun da tak ingat la apa dia..hahaaa~
- Aku pergi kelas Antenatal yg Hospital Penawar Pasir Gudang. Percuma di semua cawangan Hospital Penawar. Kalau kat KPJ Pasir Gudang yuran sebanyak RM20 seorang.
Ok..
Itu jek la yg berlaku kat aku masa masuk phase 3rd trimester. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah. Takde masalah yg berat2 berlaku. Sakit sikit2 tu biasa la.. Semoga korg pun dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan korg ye..Aminn :)
Bubbye..
