Friday, 25 March 2016

. . Tips Minum 2liter Air Kosong Sehari . .

Hi uolss..
Sihat semua? Alhamdulillah..sihat la hendaknya yekk..hehehe!
Sejak2 nie cuaca negara kita memang panas tahap telur separuh masak..huhuhuu~
Aku yg duduk rumah nie pun terasa bahang dia mcm duduk dlm sauna. Korang yg kerja luar harap bertabah la ey..

Musim panas nie semua media cetak & elektronik tekankan pengambilan air kosong 2liter sehari. Banyak tu! Besar botol coke tu, tambah 500ml lg..hahaa~ rasa2 boleh kau habiskan sekali hadap?

Ramai yg merungut;
  • air kosong xsedap
  • Macam mana nak capai target 2liter sehari?

Sini akak nak share mcm mana cara akak menyahut cabaran minum air 2liter sehari!

Pilih botol kegemaran
  • Haa..korg sume mesti ada fevret masing2 kan? Pilih botol air yg cantik atau yg berkenan dimata korg. Nak corak2 ke yg sporty ke yg ala2 komando ke yg mcm A4 paper tu ke..whatever! Janji kau confident nk kelek kemana-mana.
  • Saiz pun mainkan peranan! Pilih la yg 500ml below 1000ml. Saiz mcm tu just nice..tak berat tak ringan tak besar sgt.
Haa..nie botol bucukk akak. Ciri-ciri yg menarik; bentuk yg slim, warna yg memikat hati atau ianya hanya jenama Tupperware..ahakks! :p


Suhu air
  • Seeloknya minum air yg dingin. Bukan sejuk tahap brain freeze ok. Sejuk yg mcm baru masukkan air dlm esbok (peti ais) 30minit gittew..sejuk2 kuku..haha!
  • Biasanya aku rileks jek minum air room temperature tp skrg room temperature meningkat, air pun dah terasa agak hangat. Rasa tak segar badan.
Agak2 mcm nie la kita isi airnya.

Yg selebihnya kita penuhkan dengan ice cube.

Kemudian kita 
Shake! Shake! Shake! Shake!

Trololoooo!!

Tengokk! Dah sejuk..yeayy!!


Ok..
Contoh botol nie 700ml. So make sure aku kene refill 3kali sehari. Tengok, dapat bonus 100ml lagi. Lagi banyak korg boleh refill lagi bagus.

Senang kan? Selain botol2 korg yg cantik & menggiurkan, ianya selamat utk korg bawa kemana-mana & tak tumpah. Boleh bawa masa tengok tv, main game, study, nak tidur..whatever! Bila terasa nak minum, capai jek. Sedar2 nanti habis da sebotol..so pergi dapur kejap refill balik & boleh sambung ber-tralalalaa~~
Tak payah ulang-alik dari tingkat atas ke dapur.

Kalau rasa boring tengok air tu kosong jek bolehlah korg masukkan buah-buahan refreshing mcm hirisan lemon, oren, apple, durian strawberry, grapes..whatever! Yg penting habis airnya.

Ini satu lagi habbit aku masa musim panas..

Wajib penuhkan mangkuk ice cube..hehee. Anytime nak guna dia setia menanti dalam kegelapan & kebekuan.


Orite uolls..
ini tips akak la akak nak kongsikan ngn korg. Kalau ada yg lagi bagus boleh kita kongsi sama2. Benda baik..tong tongg arr~~

Semoga musim panas nie cepat berakhir. Sama2 kita jaga kesihatan diri..kalau bukan kita sendiri yg jaga, siapa lagi?. Takkan mak kau pulak nak tengok2 kan lagi..bagi la mak kau rehat utk diri dia sendiri.


Okbai! =)

Thursday, 24 March 2016

. . Married with Gamers . .

Hahahaa..
Sape couple korg yg gamers?
Awak??
haa..sama lah kita..sepp! hahaa

Well aku da tawu hubby aku nie gamer lama da..
dari kitorg belum friend lg..
haa?belum friend?
macam pelik bunyinye..
I mean dari sebelum I kawan dgn dia I da tawu dia gamer berdasarkan wallpaper pc dia gambar Diablo...hahh~ I pandang sebelah mata jek taw, jgn tipu itu wallpaper muvi Star Wars!

To be Honest, aku memang suka budak Nerd...kikikii~
Kalau nak tawu lelaki tu budak Nerd, dorg suka menghabiskan masanya bermain game dan suka membaca..
Mungkin budak nerd ada banyak kategori..tapi yg aku suka Nerd yg macam nie la,bermain Online game..macam Hubby aku..mehhmehhh~~

Setiap orang ada hobi.. macam aku suka masak & membaca (more to general subject).
Hubby pulak hobi dia Gaming! Bila weekend tu kalau tak gi mana2 dia boleh main game dari bangun tido sampai nak tido..woww!! Paling tak suka bila dia start main DOTA. Ini yg selalu buat aku rasa nak menjerit jek~ Kalau uolls nak tawu game DOTA tu xbley nak pause sebab konon2 tengah di medan peperangan la..tak boleh lari dari medan perang~ hahahaa..
So bila da ada baby & aku pun da pindah duduk sekali, aku da bgtawu awal2 jgn main game online bila baby belom tido..
Tapi biasa la..ade jugak dia terjebak main masa aku tgh memasak+baby tgh xde mood. Kalau aku masak memang tender Hubby la jga baby kan.. so bila baby melalak aku buat xtawu jek...hahahaa~ Pengajaran tu!


Sebenarnye,
bila dilihat dari sudut positif & pemerhatian by me, boleh la nampak mcm mna sikap si gamer tegar nie. Antaranya;

  • Orang yg suka bermain game nie tergolong dalam orang yg berIQ tinggi..agaknye~
  • Mereka lebih suka bermain puzzle & Lego berbanding bermain bola kt gelanggang. Permainan seperti puzzle & Lego dapat mengembangkan sel-sel otak. So dedahkan la anak-anak uolls dengan mainan yg membina IQ dari kecik. Mana tawu da besar nanti jadi budak Bijak..Insyaallah :) 
  • Sifat nya lebih tenang bila hadapi masalah. Contoh kalau berdepan dgn situasi tegang dorg boleh fikir rasional & emosi terkawal.
  • Kurang bergaul & agak memilih nak tambah kawan baru. Lagi selesa berkawan dgn org yg dah lama kenal.
(Ini dari pemerhatian aku sahaja ok..bukan dari mana2 professor)

Jadi ekot korg la suka org yg mcm mana.. ada org yg suka pasangan yg bersukan, lasak, menyanyi, masak, zumba..hakkhakk! masing2 punya selera kan..jgn dikecam. Yg penting hati bahagia kerana dia lah insan yg akan hidup & mati, hidup semula utk berpimpin tangan ke Jannah bersama-sama..heheee~~

Okbai!