Ini kawasan baru untuk akak yang bajet Matang..
yg lama punya kawasan tu da jadi kawasan peninggalan sejarah zaman Kegemilangan Muda Mudi..muahahahaa~~
Ini tentang Saya & Kami. Takde orang lain selain Kami Sekeluarga.
Assalamualaikum & Happy Day to you all Blogger2 tegar sekalian :)
Sy SugarHoneyLadyHamka..selamat berkenalan dgn sy yg dah berada di zaman yg baru..zaman yg lebih bertamadun, zaman yg lebih Matang katanye, zaman yg lebih mencabar... zaman dulu, biarkanlah~ hehh hehh
Apekah zaman yg bertamadun, matang & lebih mencabar sangat tu?
hahaa.. Kita ada Kapal Layar Sendiri~ Yeayy!!
Dulu masa zaman muda mudi sy dan adik-adik tumpang belayar dengan kapal yg mak & abah bina. Kita jadi kelasi kapal jek..tolg la mane-mane yg patut.
Bila da cukup umur, dah sampai la masa yg sesuai utk sy bina kapal layar sendiri atas izin & restu kedua ibu bapa dengan Kapten kapal baru. Kapten yg Hensem Macho Gagah lagi Bergaya dengan gerangan yg diberi 'Kapten' Mohd Hamka..owyeahh!
Beliau Mohd Hamka bin Kamaruddin :
Suami, Imam, Bapa, Boss dan Kapten kapal yg Hensem Macho Gagah lagi Bergaya - Buah Hati Pengarang Jantung Intan Payung Gunung Emas kepunyaan Beta, Puteri Nur Farahin binti Isham :)
Alhamdulillah,
Pada 26 Oktober 2013 kami telah selamat diijab kabulkan. Majlis yg sederhana sahaja.. cukup menggembirakan hati keluarga kami kedua-dua belah pihak. Yelah..lama juga merancang. Bila da sampai waktunya siapa yg tak gembira kan?hihi.. Syukur Alhamdulillah.
Ini lah yg dimaksudkan Zaman Baru itu.. zaman serba Indah. Banyak warna-warni, naik turun, tenggelam timbul yg akan diharungi bersama. Bukan seorang tetapi berdua dan bakal bertiga empat dan lima.. Team work!
Mak Abah dan Ibu Ayah sebagai petunjuk dan panduan kepada kami yg baru pandai Belayar dengan kapal sendiri.
Sy juga termasuk dalam kategori Kahwin Muda..hehe~ tetapi dikurniakan suami yg sudah matang usianya. Kiranya dia dah tahap Wajib Kahwin la. Tapi No hal la..Akak ok jek! So kene lah belajar utk jadi isteri org dalam usia yg agak muda jugak. Tak la susah dan tak juga senang. Nanti bila korg da masuk ke zaman nie just go with it. Jangan takut dan gentar.. Allah ada bersama kita dan segala hal :)
Doakan lah semoga Kapal Layar yg kami bina nie dalam keadaan yg baik, bahagia dan sentiasa dibawah lindunganNya.. Insyaallah.
Jumpa lagi la kt entri lain.. Nie Entri Opening,nak kenal2..hewheww~
Kbai :)
No comments:
Post a Comment