Saturday, 19 April 2014

. . Dalam Badan Ada CINTA . .

Hi Hi !
Assalamualikum & Happy Day to all Blogger2 tegar sekalian
Sihatkah anda?hihihi..

Ini kisah Impian..
Impian hidup setiap orang yg dah bergelar Suami dan Isteri.
Impian ini yg akan buat manusia terasa ingin terus hidup kerana ini mencapai impian itu.
Dia lah Penyeri..
Dia lah Semangat..
Dia lah Nyawa..
Dia lah Cinta.
Cinta dari Ibu dan Ayahnya.

Apakah itu??

It's Baby!! 

Yup..Baby~
Semua orang suka baby.. Baby Comel, Baby wangi, Baby kelakar
Sy pun baru dapat anak buah.. Nama dia Nik Muhammad Ammar..
Comel sangat! semua orang sayang dia :)
Sy pun.. Sebab dia wangi & comel..hahahaa!! Spesifikasi yg cetek!
Hari-hari lepas bangun tidur mesti nak cium dia.. Bila dia da mandi lagi la nak rasa nak menempel kat pipi dia, dahi dia, mata dia, perut dia... Sebab dia wangi~~~
Bila tengok Ammar hari-hari yg semakin membulat dan bertambah2 comel rasa tak sabar nk ada Baby sendiri..heheheee~
Hubby pulak pandai jaga dia & agah-agah dia. Siap tolong susukan sekali bila kakak dia ngh buzy.
Tak sangka pun ada..
Ingatkan takut nak pegang baby..kikikii~


Actually..
He's Father to be!
I am..
Mother to be!

Alhamdulillah..
Pada 22 Januari 2014, sy disahkan hamil 5minggu.
Subhanallah.. Syukur Alhamdulillah.
Rasa happy + excited + takot2 pun ada taw..hihihi
Tapi lebih rasa excited la.. tak sabar nak tengok Baby sendiri.
Nak pegang2, nak cium2, nak rasa perasaan menjadi Bonda pada darah daging sendiri tu macam mana..
cewahh!!

Cinta.
Dari perasaan cinta, Allah telah izinkan hasil cinta itu berputik dalam rahim.
Indah. Walaupun sukar kadang-kadang.
Tapi tetap bersyukur.
Allah ingin sy faham dan sayang pada Cinta ini. Cinta pada anak.
Bila rasa susah sekarang kita akan rasa sangat sayang pada dia bila dia lahir nanti.

Yang bakal lahir nie adalah hasil Cinta kami.
Dulu bercinta-cinta takde hasil..
Sekarang baru dapat hasilnya..tu pun lepas menikah ye adik-adik..hahahaa!!

Korang..
doakan lah semoga Cinta dalam rahim ini dipelihara dari musibah.
Semoga dia lahir menjadi anak yg soleh & solehah, sihat tubuh badan & akal fikiran.
Blog ni pun dicoret untuk dia dan adik-adiknya juga.
Biar dia kenal Bonda & Ayahnya yg selalu ingat & sayang seluruh hati kami pada mereka.
Bak kata Doktor M, 'Bila kita ada zuriat, kita seperti hidup selama-lamanya.'

Jumpa lagi la kt entri lain
Kbai :)


Friday, 18 April 2014

. . Kapal Layar Sendiri . .

Hi Hi !!
Ini kawasan baru untuk akak yang bajet Matang..
yg lama punya kawasan tu da jadi kawasan peninggalan sejarah zaman Kegemilangan Muda Mudi..muahahahaa~~
Ini tentang Saya & Kami. Takde orang lain selain Kami Sekeluarga.

Assalamualaikum & Happy Day to you all Blogger2 tegar sekalian :)
Sy SugarHoneyLadyHamka..selamat berkenalan dgn sy yg dah berada di zaman yg baru..zaman yg lebih bertamadun, zaman yg lebih Matang katanye, zaman yg lebih mencabar... zaman dulu, biarkanlah~ hehh hehh

Apekah zaman yg bertamadun, matang & lebih mencabar sangat tu?
hahaa.. Kita ada Kapal Layar Sendiri~ Yeayy!!
Dulu masa zaman muda mudi sy dan adik-adik tumpang belayar dengan kapal yg mak & abah bina. Kita jadi kelasi kapal jek..tolg la mane-mane yg patut.
Bila da cukup umur, dah sampai la masa yg sesuai utk sy bina kapal layar sendiri atas izin & restu kedua ibu bapa dengan Kapten kapal baru. Kapten yg Hensem Macho Gagah lagi Bergaya dengan gerangan yg diberi 'Kapten' Mohd Hamka..owyeahh!

Beliau Mohd Hamka bin Kamaruddin :
Suami, Imam, Bapa, Boss dan Kapten kapal yg Hensem Macho Gagah lagi Bergaya  - Buah Hati Pengarang Jantung Intan Payung Gunung Emas kepunyaan Beta, Puteri Nur Farahin binti Isham :)

Alhamdulillah,
Pada 26 Oktober 2013 kami telah selamat diijab kabulkan. Majlis yg sederhana sahaja.. cukup menggembirakan hati keluarga kami kedua-dua belah pihak. Yelah..lama juga merancang. Bila da sampai waktunya siapa yg tak gembira kan?hihi.. Syukur Alhamdulillah.


Ini lah yg dimaksudkan Zaman Baru itu.. zaman serba Indah. Banyak warna-warni, naik turun, tenggelam timbul yg akan diharungi bersama. Bukan seorang tetapi berdua dan bakal bertiga empat dan lima.. Team work!
Mak Abah dan Ibu Ayah sebagai petunjuk dan panduan kepada kami yg baru pandai Belayar dengan kapal sendiri.
Sy juga termasuk dalam kategori Kahwin Muda..hehe~ tetapi dikurniakan suami yg sudah matang usianya. Kiranya dia dah tahap Wajib Kahwin la. Tapi No hal la..Akak ok jek! So kene lah belajar utk jadi isteri org dalam usia yg agak muda jugak. Tak la susah dan tak juga senang. Nanti bila korg da masuk ke zaman nie just go with it. Jangan takut dan gentar.. Allah ada bersama kita dan segala hal :)

Doakan lah semoga Kapal Layar yg kami bina nie dalam keadaan yg baik, bahagia dan sentiasa dibawah lindunganNya.. Insyaallah.

Jumpa lagi la kt entri lain.. Nie Entri Opening,nak kenal2..hewheww~
Kbai :)